Ayub 35:1-2-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1-2. Ayub, engkau tidak patut berkatabahawa engkau tidak bersalah di sisi Allah,

3. ataupun bertanya kepada Allah, ‘Apakah kesan dosaku kepada-Mu?Aku tidak mendapat faedah walaupun aku tidak berdosa.’

4. Ayub, aku akan memberikan jawapan kepadamudan kepada sahabat-sahabatmu.

5. Pandanglah langit dan perhatikanbetapa tingginya awan.

6. Jika engkau berdosa, hal itu tidak merugikan Allah.Jika engkau melakukan banyak kesalahan, hal itu tidak memberikan kesan kepada Allah.

7. Adakah engkau menolong Allah dengan perbuatan baikmu?Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kamu.

8. Kawan-kawan sesamamu yang menderita akibat kejahatanmu,dan mereka juga yang beruntung kerana kebaikanmu.

9. Apabila orang ditindas, mereka mengerang;mereka berteriak minta tolong.

10. Tetapi mereka tidak berseru kepada Allah, Pencipta mereka,yang memberikan harapan pada waktu mereka berduka,

11. dan yang menjadikan mereka lebih bijaksanadaripada binatang di darat ataupun unggas di udara.

Ayub 35