13. Bagaimana kamu dapat mengatakan kamu telah mendapatkan hikmat?Allah mesti menjawab Ayub, kerana kamu telah gagal.
14. Ayub berkata-kata kepada kamu, bukan kepada aku,tetapi aku tidak sekali-kali akan menjawab seperti kamu.
15. Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan;tiada lagi yang dapat dikatakan mereka.
16. Haruskah aku terus menunggu, ketika mereka berdiam diri?Mereka berdiri di situ dan tidak dapat berkata apa-apa lagi.
17. Tidak, kini aku hendak memberikan pendapatku,dan memberitahu kamu fikiranku.
18. Aku tidak sabar lagi menunggu.Aku tidak dapat menahan kata-kataku.
19. Jika aku tidak bercakap, aku akan meletup,seperti kirbat kulit yang berisikan wain baru.
20. Aku mesti bercakap supaya hatiku tenang;aku mesti membuka mulut dan memberikan jawapan.
21. Aku tidak akan menyebelahi sesiapa pun;aku tidak akan memuji sesiapa pun.