Ayub 31:29-37 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

29. Aku tidak pernah gembira ketika musuhku menderita,dan tidak pernah suka apabila mereka ditimpa bencana.

30. Aku tidak pernah mendoakan kematian mereka;aku tidak pernah berdosa begitu.

31. Semua orang yang bekerja untuk aku tahubahawa orang yang tidak kukenal, aku jamu di rumahku.

32. Rumahku terbuka kepada pengembara,dan aku tidak pernah membiarkan mereka tidur di jalan raya.

33. Orang lain cuba menyembunyikan dosa,tetapi aku tidak berbuat seperti mereka.

34. Pendapat umum tidak aku takuti,dan penghinaan orang tidak kupeduli;aku tidak pernah tinggal di rumah atau diam sahaja,kerana takut akan cacian mereka.

35. Tiadakah sesiapa yang mahu mendengar kata-kataku?Aku bersumpah bahawa setiap perkataanku benar.Biarlah Allah Yang Maha Kuasa menjawab aku.Jika semua tuduhan lawanku dituliskansupaya aku dapat melihatnya,

36. maka aku akan memasangnya pada bahu,dan mengenakannya seperti mahkota pada kepalaku.

37. Aku akan memberitahu Allah segala yang telah kulakukan,dan menghadap Dia dengan yakin dan kepala terangkat.

Ayub 31