Ayub 31:21-34 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

21. Jika aku pernah menipu anak yatim piatukerana aku tahu bahawa aku akan memenangi perkaraku,

22. biarlah lenganku dipatahkan,sehingga dari bahuku dipisahkan.

23. Oleh sebab aku takut terhadap hukuman Allah,aku tidak sekali-kali berani melakukan hal itu.

24. Aku tidak pernah bergantung pada kekayaanku,

25. ataupun membanggakan hartaku.

26. Aku tidak pernah menyembah matahari yang bersinar cerah,ataupun bulan yang bercahaya indah.

27. Aku tidak pernah terpikat kepada semuanya,dan tidak pernah mencium tanganku untuk menghormati semuanya.

28. Dosa itu patut dijatuhi hukuman mati,kerana Allah Yang Maha Kuasa diingkari.

29. Aku tidak pernah gembira ketika musuhku menderita,dan tidak pernah suka apabila mereka ditimpa bencana.

30. Aku tidak pernah mendoakan kematian mereka;aku tidak pernah berdosa begitu.

31. Semua orang yang bekerja untuk aku tahubahawa orang yang tidak kukenal, aku jamu di rumahku.

32. Rumahku terbuka kepada pengembara,dan aku tidak pernah membiarkan mereka tidur di jalan raya.

33. Orang lain cuba menyembunyikan dosa,tetapi aku tidak berbuat seperti mereka.

34. Pendapat umum tidak aku takuti,dan penghinaan orang tidak kupeduli;aku tidak pernah tinggal di rumah atau diam sahaja,kerana takut akan cacian mereka.

Ayub 31