Ayub 27:8-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Apakah harapan orang durjanaapabila Allah menuntut nyawa mereka?

9. Apabila kesusahan tiba,mahukah Allah mendengarkan teriakan mereka?

10. Seharusnya mereka mengingini kegirangan daripada Allah,dan seharusnya mereka selalu berdoa kepada-Nya.

11. Biarlah aku mengajar kamu betapa besarnya kuasa Allah,dan menerangkan rancangan Allah Yang Maha Kuasa.

12. Kamu telah melihat semua itu dengan mata kamu sendiri.Oleh itu, mengapakah kamu mengatakan yang bukan-bukan ini?”

13. “Lihatlah bagaimana Allah Yang Maha Kuasamenghukum orang yang kejam dan durjana.

14. Jika anak lelaki mereka banyak, semuanya akan mati dalam peperangan;anak-anak mereka tidak pernah cukup makan.

15. Mereka yang hidup akan mati kerana wabak,dan balu mereka tidak akan menangisi mereka.

Ayub 27