Ayub 23:5-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Aku hendak tahu apa yang akan dikatakan-Nya,dan bagaimana Dia memberikan jawapan-Nya.

6. Adakah Allah dengan segala kekuatan-Nya menentang diriku?Tidak, Dia akan mendengarkan kata-kataku.

7. Aku jujur dan dapat berhujah dengan Allah,dan aku akan dinyatakan tidak bersalah untuk selama-lamanya.

8. Aku telah mencari Allah di timur, tetapi Dia tiada di sana;apabila aku mencari Dia di barat, Dia juga tiada di sana.

9. Allah telah bertindak di selatan dan utara,tetapi aku masih belum menemui Dia.

10. Namun Allah tahu setiap langkahku;jika aku diuji, terbukti kemurnian hatiku.

11. Aku mengikut jalan-Nya dengan setia,aku tidak menyimpang dari jalan yang ditentukan-Nya.

12. Perintah-perintah Allah selalu kutaati,aku menurut kehendak-Nya, bukan kehendakku sendiri.

13. Allah tidak pernah berubah dan tiada yang dapat menentang Dia.Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

14. Dia akan menjalankan rancangan-Nya untuk diriku,dan banyak lagi rancangan-Nya selain itu.

15. Kerana takut akan Dia, gementarlah aku;semakin aku fikirkan semua itu, semakin takutlah aku.

Ayub 23