Ayub 22:4-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Bukan kerana engkau takut dan hormat kepada Allah,maka Dia menegur dan mengadili engkau,

5. melainkan kerana dosamu banyak,dan engkau sangat jahat.

6. Untuk memaksa saudaramu membayar hutangnya,engkau merampas pakaiannya dan membiarkan dia telanjang.

7. Engkau enggan memberikan air kepada mereka yang lelah,dan enggan memberikan makanan kepada mereka yang lapar.

8. Engkau menggunakan kuasa dan kedudukanmuuntuk merampas seluruh tanah.

9. Bukan sahaja engkau tidak mahu menolong balu,tetapi engkau juga menindas anak yatim piatu.

10. Oleh itu sekarang terdapat perangkap di sekelilingmu,dan tiba-tiba ketakutan meliputimu.

Ayub 22