Ayub 19:5-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Kamu berfikir bahawa kamu lebih baik daripada aku,dan kamu menganggap kesusahanku sebagai bukti kesalahanku.

6. Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku.Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.

7. Aku berseru, ‘Kejam!’tetapi tidak ada yang mendengarkan;aku berseru minta tolong,tetapi tidak ada keadilan.

8. Allah telah menutup jalanku sehingga aku tidak dapat lewat;Dia telah meliputi jalanku dengan kegelapan yang pekat.

9. Dia telah merampas segala kekayaanku,dan merosakkan nama baikku.

10. Dia menghentam aku dari segala arah.Dia mencabut harapanku seperti orang mencabut pokok kayu.

11. Kemurkaan Allah terhadapku menyala-nyala,dan aku dianggap-Nya sebagai musuh-Nya.

12. Dia menghantar tentera-Nya untuk menyerang aku;mereka menghalangi jalanku dan mengepung khemahku.

13. Allah menjauhkan saudaraku daripada aku;aku menjadi orang asing kepada kenalanku.

14. Saudara maraku telah meninggalkan aku,dan sahabat-sahabatku tidak mengingat aku.

15. Orang yang pernah menginap di rumahku telah melupakan aku;aku dianggap sebagai orang asing oleh hamba perempuanku.

16. Apabila aku memanggil hambaku, dia tidak menjawabwalaupun aku mohon pertolongannya.

17. Isteriku tidak tahan bau nafasku,saudara kandungku sendiri tidak mahu menghampiri aku.

Ayub 19