17. Isteriku tidak tahan bau nafasku,saudara kandungku sendiri tidak mahu menghampiri aku.
18. Bahkan kanak-kanak pun menghina aku,dan tertawa apabila melihat aku.
19. Sahabat karibku jijik melihat aku,mereka yang sangat aku kasihi meninggalkan aku.
20. Badanku hanya tinggal kulit pembalut tulang;nyawaku hampir melayang.
21. Kamu sahabat-sahabatku! Kasihanilah aku!Tangan Allah telah memukul aku.
22. Mengapa kamu mengikut Allah menganiaya aku?Belum cukupkah kamu menyeksa aku?
23. Alangkah baiknya jika kata-kataku dicatat,dan ditulis di dalam kitab supaya diingat;
24. ataupun dipahat pada batu,agar kekal sepanjang waktu.
25. Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku;akhirnya Dia akan datang menolong aku.
26. Walaupun kulitku habis dimakan penyakit,tetapi aku akan melihat Allah selagi aku bertubuh.
27. Aku akan melihat Dia dengan mataku sendiri,dan bagiku Dia tidak menjadi asing lagi.Hatiku hancur kerana kamu berkata,
28. ‘Bagaimanakah kita dapat menyeksa dia?’Kamu mencari alasan untuk menyerang aku.
29. Tetapi sekarang, takutlah pada pedang,kerana Allah murka dan menghukum orang berdosa;maka tahulah kamu bahawa Allah mengadili manusia.”