1. Kemudian Ayub menjawab,
2. “Mengapakah kamu terus mengecam aku,dan menyeksa aku dengan perkataan kamu?
3. Berulang-ulang kamu menghina aku,dan menyalahkan aku tanpa rasa malu.
4. Seandainya salah perbuatanku,hal itu tidak merugikan kamu.
5. Kamu berfikir bahawa kamu lebih baik daripada aku,dan kamu menganggap kesusahanku sebagai bukti kesalahanku.
6. Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku.Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.
7. Aku berseru, ‘Kejam!’tetapi tidak ada yang mendengarkan;aku berseru minta tolong,tetapi tidak ada keadilan.