Ayub 17:2-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Orang menjadikan aku bahan ejekan.Aku melihat betapa kejamnya mereka melontarkan sindiran.

3. Aku ini jujur, ya Allah. Percayailah aku.Tiada sesiapa lagi yang menyokong perkataanku.

4. Engkau telah membuntukan fikiran mereka;janganlah biarkan aku dikalahkan mereka.

5. Menurut pepatah, sesiapa mengkhianati sahabat demi keuntungan,anak-anaknya sendiri akan menerima pembalasan.

6. Sekarang aku disindir dengan pepatah itu;mereka datang dan meludahi mukaku.

7. Mataku kabur kerana dukacita;seluruh tubuhku kurus merana.

8. Orang yang salih, terkejut dan hairan;mereka menganggap aku sebagai orang yang tidak percaya kepada Allah.

Ayub 17