Ayub 15:10-20 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Kami mendapat hikmat daripada orang yang beruban,mereka sudah ada sebelum bapamu dilahirkan.

11. Mengapakah penghiburan Allah enggan engkau terima?Kami bercakap dengan sabar dan lembut bagi pihak-Nya.

12. Mengapakah engkau terbawa-bawa oleh perasaan,dan mengapakah matamu menyala-nyala,

13. sehingga engkau marah kepada Allah dan mengecam Dia?

14. Adakah manusia betul-betul tidak bercela?Dapatkah manusia dibenarkan di hadapan Allah?

15. Bahkan kepada malaikat-Nya pun Allah tidak percaya;malaikat-malaikat pun tidak suci di sisi-Nya.

16. Apalagi manusia yang jijik dan tidak berguna,yang meneguk kejahatan seperti air sahaja.

17. Sekarang dengarlah, hai Ayub,akan apa yang aku ketahui.

18. Orang bijaksana telah mengajar aku hal itu,yang diterima mereka daripada nenek moyang dahulu.

19. Pada waktu itu tiada orang asing di tanah mereka,tiada seorang pun yang menyebabkan mereka meninggalkan Allah.

20. Orang jahat ditimpa penderitaan sepanjang masa,orang ganas akan hidup terseksa sepanjang umur mereka.

Ayub 15