Ayub 12:1-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Kemudian Ayub menjawab,

2. “Memang, kamu suara orang ramai.Apabila kamu mati, hikmat juga akan mati.

3. Tetapi aku juga mempunyai akal seperti kamu,dan aku tidak lebih rendah daripada kamu;semua orang tahu segala yang kamu katakan itu.

4. Bahkan sahabat-sahabatku pun mentertawakan aku,mereka tertawa, walaupun aku benar dan tidak bersalah;tetapi pada suatu masa dahulu Allah pernah mengabulkan doaku.

5. Kamu tidak mempunyai kesusahan, namun kamu menghina aku;kamu memukul orang yang hampir jatuh.

12-13. Hikmat ada pada orang tua,tetapi hikmat dan kuasa ada pada Allah sahaja.Pengertian ada pada orang tua,tetapi pengertian dan kuasa untuk bertindak ada pada Allah sahaja.

Ayub 12