Amsal 6:7-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa,

8. tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.

9. Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun?

10. Dia berkata, “Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar.”

11. Tetapi sementara dia tidur, dia akan ditimpa kemiskinan yang datang seperti perompak yang bersenjata.

12. Orang yang jahat dan tidak berguna membohong di sana sini.

13. Mereka mengenyitkan mata dan memberikan isyarat untuk menipu kamu,

14. sementara merancang kejahatan dalam fikiran mereka yang sesat. Mereka menimbulkan kekacauan di merata tempat.

15. Kerana perbuatan mereka itu, bencana akan menimpa mereka dengan mengejut, dan mereka akan dihancurkan sama sekali.

20. Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.

21. Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu.

22. Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang.

Amsal 6