10. Semua harta kamu akan dirampas oleh orang yang tidak kamu kenal, dan hasil usaha kamu akan dimiliki orang lain.
11. Pada akhir hidup kamu, kamu akan mengerang kerana badan kamu habis dimakan penyakit.
12. Lalu kamu akan berkata, “Mengapakah selama ini aku membenci nasihat? Mengapakah aku tidak mahu ditegur orang?
13. Aku tidak mendengar ajaran guru-guruku. Aku tidak memperhatikan nasihat mereka.
14. Sekarang aku dihina di hadapan orang ramai.”
15. Setialah kepada isterimu dan kasihilah dia sahaja.
16. Tidak ada gunanya mencari kenikmatan pada orang yang bukan isterimu.
17. Kenikmatan itu khas untuk kamu dengan isterimu, bukan dengan orang lain.
18. Oleh itu hendaklah kamu berbahagia dengan isterimu dan bersukacitalah dengan gadis yang kamu kahwini,
19. gadis yang manis dan jelita seperti rusa. Biarlah kecantikannya memikat kamu, dan cintanya menambat hati kamu.
20. Mengapakah kamu tergila-gila kepada perempuan lain, hai anakku? Mengapakah kamu lebih suka meniduri isteri orang?
21. TUHAN nampak segala perbuatanmu. Ke mana sahaja kamu pergi, kamu diawasi-Nya.
22. Dosa orang jahat bagaikan perangkap. Orang itu akan terjerat oleh dosanya sendiri.
23. Dia akan mati kerana tidak dapat menahan nafsu. Kebodohannya akan membawa dia ke kubur.