Amsal 28:19-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Petani yang bekerja keras akan mendapat banyak makanan, tetapi orang yang membuang masa akan sentiasa miskin.

20. Orang jujur akan hidup bahagia, tetapi orang yang hendak cepat kaya, tidak akan terlepas daripada hukuman.

21. Bersikap berat sebelah adalah perbuatan yang salah, tetapi ada hakim berbuat demikian untuk menerima rasuah walaupun sedikit.

22. Orang yang kikir ingin cepat kaya. Dia tidak sedar bahawa kemiskinan segera menimpa dia.

23. Orang yang memberikan tegur ajar akhirnya lebih dihargai daripada orang yang memberikan pujian.

24. Sesiapa yang mencuri daripada ibu bapanya dan menyangka perbuatan itu bukan dosa sama juga dengan pencuri.

25. Sifat tamak mendatangkan kesusahan. Sesiapa yang bergantung kepada TUHAN akan berbahagia.

26. Orang yang mengikut pendapat sendiri adalah bodoh. Orang yang mengikut ajaran orang yang bijak akan selamat.

Amsal 28