Amsal 27:14-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Salam yang diteriakkan pada pagi-pagi sekali sama dengan kutukan.

15. Isteri yang meleter bagaikan titisan air yang tidak henti-henti pada waktu hujan.

16. Dia tidak dapat disuruh diam, sama seperti angin tidak dapat ditahan, dan minyak tidak dapat digenggam.

17. Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain.

18. Orang yang memelihara pokok ara akan makan buahnya; orang yang melayani tuannya akan dihormati.

19. Seperti air mencerminkan wajah, demikian juga hati orang mencerminkan orang yang sebenarnya.

20. Di dunia orang mati, selalu ada tempat; begitu juga nafsu manusia tidak ada batasnya.

21. Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.

22. Walaupun orang bodoh dipukul hingga setengah mati, namun kebodohannya tidak lenyap.

23. Peliharalah ternakan kamu baik-baik,

24. kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya.

Amsal 27