Amsal 26:14-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Seperti pintu yang berayun pada engselnya, demikianlah orang malas membalik-balikkan badan di atas tempat tidur.

15. Ada orang yang begitu malas sehingga tidak mahu makan sendiri.

16. Si pemalas menganggap dirinya lebih pandai daripada tujuh orang yang dapat menjawab dengan tepat.

17. Melibatkan diri dalam pertengkaran orang lain bagaikan menangkap anjing pada telinganya.

18-19. Orang yang menipu orang lain, lalu berkata bahawa dia hanya bergurau bagaikan orang gila yang bermain dengan senjata yang berbahaya.

20. Tanpa kayu, api padam; tanpa umpatan, pertengkaran pun berhenti.

21. Seperti arang dan kayu membuat api tetap menyala, begitu juga orang yang suka bergaduh menyebabkan pertengkaran.

22. Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.

23. Bagaikan periuk tanah yang disepuh perak, begitulah orang yang bermulut manis tetapi berhati jahat.

24. Si pembenci manis kata-katanya, tetapi hatinya penuh tipu daya.

25. Meskipun dia ramah, jangan percaya kepadanya, kerana hatinya penuh dengan kebencian.

26. Dia mungkin dapat menyembunyikan kebenciannya, tetapi perbuatannya yang jahat itu akan nyata.

Amsal 26