Amsal 25:1-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Inilah beberapa kata hikmat lain daripada Raja Salomo yang disalin oleh pegawai-pegawai di istana Raja Hizkia, raja Yehuda.

2. Kita memuliakan Allah kerana apa yang dirahsiakan-Nya. Kita menghormati raja kerana apa yang diterangkan baginda.

3. Kamu tidak dapat menyelami fikiran raja. Fikiran raja lebih tinggi daripada fikiran kita, setinggi langit dan sedalam laut.

4. Bersihkanlah perak daripada sanganya, barulah yang indah dapat dibentuk oleh tukang perak.

5. Jauhkanlah penasihat yang jahat daripada raja, lalu raja akan memerintah dengan adil.

Amsal 25