Amsal 21:20-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Orang bijak tetap kaya dan makmur, tetapi orang bodoh membazirkan harta mereka.

21. Orang yang jujur dan baik hati berusia panjang. Dia akan dihormati dan diperlakukan dengan adil.

22. Seorang bijak dapat merebut kota yang dipertahankan oleh askar-askar perkasa, dan merobohkan tembok kota yang menjadi harapan mereka.

23. Berhati-hatilah ketika bertutur supaya tidak ditimpa kesukaran.

24. Orang yang sombong dan tinggi hati, suka mencela dan kurang ajar.

25. Orang malas tidak mahu bekerja; dia dibunuh oleh keinginannya.

Amsal 21