14. Pemberian yang diberikan secara diam-diam kepada orang yang marah, akan meredakan kemarahannya.
15. Apabila keadilan dilaksanakan, orang baik bersukacita, tetapi orang jahat ketakutan.
16. Orang yang menyimpang daripada cara hidup yang berbudi akan menemui ajalnya.
17. Orang yang suka berfoya-foya dan menggemari wain serta makanan lazat tidak akan menjadi kaya.
18. Orang jahat akan merasakan penderitaan yang ditimpakan mereka kepada orang baik.
19. Lebih baik tinggal di padang gurun daripada tinggal bersama-sama isteri yang suka bertengkar dan pemarah.
20. Orang bijak tetap kaya dan makmur, tetapi orang bodoh membazirkan harta mereka.
21. Orang yang jujur dan baik hati berusia panjang. Dia akan dihormati dan diperlakukan dengan adil.
22. Seorang bijak dapat merebut kota yang dipertahankan oleh askar-askar perkasa, dan merobohkan tembok kota yang menjadi harapan mereka.
23. Berhati-hatilah ketika bertutur supaya tidak ditimpa kesukaran.
24. Orang yang sombong dan tinggi hati, suka mencela dan kurang ajar.
25. Orang malas tidak mahu bekerja; dia dibunuh oleh keinginannya.
26. Dia hanya memikirkan keinginannya. Sebaliknya, orang yang taat kepada Allah dapat memberi dengan berlimpah-limpah.
27. TUHAN membenci korban yang dipersembahkan orang jahat, lebih-lebih lagi jika korban itu diberikan dengan maksud jahat.