Amsal 20:12-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. TUHAN sudah memberi kita mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar.

13. Orang yang suka tidur akan jatuh miskin. Orang yang rajin bekerja mendapat banyak makanan.

14. Pembeli sentiasa bersungut bahawa harga barang mahal, tetapi setelah membeli barang itu mereka bercakap besar tentang harga murah yang dibayar mereka.

15. Kata-kata bijak lebih berharga daripada emas atau batu permata.

16. Bodohlah orang yang berjanji menanggung hutang orang lain; miliknya harus diambil sebagai jaminan janjinya.

17. Hasil daripada penipuan mula-mula lazat rasanya, tetapi kemudian terasa seperti pasir belaka.

18. Mintalah nasihat supaya berjaya. Jangan pergi berperang tanpa membuat rancangan.

19. Orang yang mengumpat tidak sekali-kali dapat menyimpan rahsia. Jangan bergaul dengan orang yang suka merepek.

20. Sesiapa yang mengutuk ibu bapanya, hidupnya akan lenyap seperti pelita yang padam di tempat gelap.

21. Kekayaan yang mudah diperoleh, tidak membawa berkat.

22. Jangan balas dendam; percayalah kepada TUHAN dan Dia akan menolong kamu.

23. Neraca dan timbangan yang tidak tepat, dibenci oleh TUHAN.

Amsal 20