Amsal 20:11-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Perbuatan seorang anak dapat menunjukkan kelakuannya; kamu akan tahu sama ada dia baik atau jahat.

12. TUHAN sudah memberi kita mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar.

13. Orang yang suka tidur akan jatuh miskin. Orang yang rajin bekerja mendapat banyak makanan.

14. Pembeli sentiasa bersungut bahawa harga barang mahal, tetapi setelah membeli barang itu mereka bercakap besar tentang harga murah yang dibayar mereka.

15. Kata-kata bijak lebih berharga daripada emas atau batu permata.

Amsal 20