15. Orang yang sentiasa tidur dan bermalas-malas pasti akan kelaparan.
16. Orang yang mentaati hukum Allah akan berusia panjang. Tetapi orang yang tidak mematuhi perintah-Nya akan mati.
17. Menolong orang miskin sama seperti memberikan pinjaman kepada TUHAN. TUHAN sendiri akan membalasnya.
18. Disiplinkan anak selagi mereka muda. Jika tidak, kamu menyebabkan kehancuran mereka.
19. Biarlah orang yang cepat marah merasakan akibatnya. Jika kamu menolong orang itu satu kali, kamu harus menolongnya lagi.
20. Orang yang suka mendengar nasihat dan mahu belajar akan menjadi bijaksana kelak.
21. Manusia mempunyai banyak rancangan, tetapi hanya kehendak TUHAN akan terlaksana.
22. Ketamakan merupakan keaiban; lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi pembohong.
23. Hormatilah TUHAN, maka kamu akan panjang umur. Kamu akan puas hati dan bebas daripada bahaya.
24. Ada orang begitu malas sehingga tidak mahu makan sendiri.
25. Kalau orang sombong dihukum, orang yang bodoh mendapat pelajaran. Kalau orang yang bijak ditegur, dia menjadi lebih bijak.
26. Hanya anak yang memalukan dan tercela akan menganiaya bapanya dan mengusir ibunya.
27. Hai anakku, jika kamu berhenti belajar, kamu akan segera melupakan segala yang telah kamu pelajari.
28. Jika seseorang telah bertekad memberikan kesaksian palsu, keadilan tidak dijalankan. Orang jahat suka akan kejahatan.