25. Saksi yang jujur menyelamatkan orang, tetapi saksi yang berdusta mengkhianati orang.
26. Hormat dan takut kepada TUHAN memberi seseorang serta keluarganya keyakinan dan keselamatan.
27. Jika hendak menjauhkan diri daripada maut, hormatlah dan takutlah kepada TUHAN kerana Dia sumber kehidupan.
28. Kebesaran raja bergantung kepada bilangan rakyatnya; tanpa rakyat, raja bukan apa-apa.
29. Orang yang bertenang itu bijak, tetapi orang yang cepat marah itu bodoh.
30. Hati yang tenang menyihatkan badan, tetapi iri hati bagaikan penyakit barah yang menjadikan tulang reput.
31. Sesiapa yang menindas orang miskin, menghina Pencipta mereka; sesiapa yang baik terhadap orang miskin, menghormati Allah.
32. Orang jahat binasa kerana kejahatan mereka sendiri; orang baik terlindung kerana ketulusan mereka.
33. Hikmat terdapat pada fikiran orang bijak; orang bodoh sama sekali tidak mengenal hikmat.
34. Keadilan meninggikan martabat bangsa, tetapi dosa mendatangkan hinaan kepada bangsa.
35. Raja berkenan kepada pegawai yang cekap tetapi menghukum orang yang gagal menjalankan tugas.