Amsal 1:18-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

18. tetapi orang jahat seperti itu memasang perangkap bagi diri mereka - perangkap yang akan membinasakan mereka.

19. Orang yang mencari nafkah dengan keganasan akan membayarnya dengan nyawanya sendiri.

20. Dengarlah! Hikmat sedang berseru di jalan raya dan di pasar,

21. memanggil orang dengan suara yang lantang di pintu gerbang dan di mana-mana sahaja orang berkumpul:

Amsal 1