3. TUHAN Raja berfirman, “Sebuah kota di Israel mengerahkan seribu orang askar, tetapi hanya seratus orang yang kembali. Kota yang lain mengerahkan seratus orang, tetapi hanya sepuluh orang yang kembali.”
4. TUHAN berfirman kepada umat Israel, “Kembalilah kepada-Ku, maka kamu akan hidup.
5. Jangan pergi ke Bersyeba untuk beribadat. Jangan cari Aku di Betel kerana Betel akan lenyap. Jangan pergi ke Gilgal, kerana penduduk kota itu akan dibuang negeri.”
6. Kembalilah kepada TUHAN, maka kamu akan hidup. Jika kamu tidak kembali kepada-Nya, Dia akan datang seperti api yang menyala-nyala kepada umat Israel. Api akan membakar penduduk Betel dan tiada seorang pun dapat memadamkan api itu.
7. Alangkah malangnya kamu yang memutarbalikkan keadilan dan merampas hak orang!
8. TUHAN mencipta bintang-bintang di angkasa -bintang Orion dan bintang Kartika.Dia mengubah kegelapan menjadi cahaya,dan mengubah siang menjadi malam.Dia memanggil air dari lautandan mencurahkan air itu ke daratan.TUHAN itulah nama-Nya.
9. Dia membinasakan orang perkasa,dan memusnahkan pertahanan mereka.
10. Kamu membenci orang yang menentang ketidakadilan dan yang berkata benar di tempat pengadilan.