Amos 5:20-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Hari TUHAN itu akan membawa kegelapan dan bukan cahaya; hari itu akan suram, tanpa cahaya sama sekali.

21. TUHAN berfirman, “Aku benci dan muak dengan perayaan agama kamu; Aku jemu melihatnya!

22. Apabila kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku.

23. Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu; Aku tidak mahu mendengar permainan kecapi kamu.

24. Sebaliknya, berusahalah supaya keadilan mengalir seperti sungai, dan kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.

25. Hai umat Israel, pada masa Aku memimpin kamu melalui padang gurun selama empat puluh tahun, Aku tidak menuntut persembahan dan korban daripada kamu.

26. Tetapi sekarang kamu menyembah Sakut yang kamu anggap raja dan Kewan, bintang yang kamu dewa-dewakan itu. Oleh itu kamu sendiri harus mengangkut patung-patung itu,

Amos 5