Amos 5:12-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Aku tahu betapa dahsyatnya dosa kamu dan betapa banyaknya jenayah yang kamu lakukan. Kamu menganiaya orang baik, menerima rasuah, dan menghalang orang miskin daripada mendapat keadilan di tempat pengadilan.

13. Oleh sebab perbuatan kamu itu, maka orang bijaksana berfikir lebih baik berdiam diri sahaja pada masa yang jahat seperti itu.

14. Berusahalah untuk berbuat baik dan jangan berbuat jahat, supaya kamu hidup. Maka TUHAN Allah Yang Maha Kuasa akan sungguh-sungguh menyertai kamu seperti yang kamu katakan.

15. Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup.

Amos 5