2 Timotius 4:18-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

18. Tuhan juga akan menyelamatkan aku daripada segala kejahatan. Dia akan membawa aku dengan selamat ke dalam Kerajaan-Nya di syurga. Hendaklah Dia dimuliakan selama-lamanya! Amin.

19. Aku mengirim salam kepada Priskila dan Akwila dan kepada keluarga Onesiforus.

20. Erastus tinggal di Korintus, tetapi Trofimus aku tinggalkan di Miletus kerana dia sakit.

21. Berusahalah dengan sebaik-baiknya untuk datang sebelum musim sejuk.Ebulus, Pudes, Linus, dan Klaudia mengirim salam kepadamu; demikian juga semua saudara seiman yang lain.

22. Semoga Tuhan menyertai engkau.Semoga Allah memberkati kamu semua.

2 Timotius 4