2 Timotius 4:11-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Hanya Lukas bersama-sama aku di sini. Jemputlah Markus dan bawalah dia bersama denganmu, kerana dia dapat menolong aku dalam pekerjaanku.

12. Aku sudah menyuruh Tikhikus pergi ke Efesus.

13. Apabila engkau datang, bawalah baju panas yang aku tinggalkan di Troas di rumah Karpus. Bawalah gulungan-gulungan naskhah itu juga, terutamanya gulungan naskhah yang dibuat daripada kulit.

14. Aleksander, tukang besi itu sudah melakukan perkara-perkara yang jahat terhadapku. Tuhan akan membalas dia menurut perbuatannya.

2 Timotius 4