2 Timotius 2:12-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Jika kita tetap bertabah,kita juga akan memerintah bersama-sama Dia.Jika kita menyangkal Dia,Dia juga akan menyangkal kita.

13. Jika kita tidak setia,Dia tetap setia,kerana Dia tidak dapat bertentangan dengan diri-Nya sendiri.”

14. Nasihatilah ahli jemaahmu dan ingatkan mereka di hadapan Allah, supaya jangan bertengkar tentang istilah. Perkara itu tidak ada gunanya, malahan merosakkan iman orang yang mendengarnya.

15. Berusahalah sebaik-baiknya untuk mendapat pujian daripada Allah, seperti seorang pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya. Hendaklah engkau mengajar ajaran benar daripada Allah dengan betul.

2 Timotius 2