1. Ratu negeri Syeba mendengar tentang kemasyhuran Raja Salomo. Maka ratu itu berangkat ke Yerusalem untuk menguji Raja Salomo dengan pertanyaan-pertanyaan yang sukar. Ratu itu datang bersama dengan banyak pengiring, serta unta-unta dengan muatan rempah, batu permata, dan emas yang banyak sekali. Apabila ratu itu berjumpa dengan Raja Salomo, ratu itu mengemukakan semua pertanyaan yang dapat difikirkannya.
10. Anak buah Raja Hiram dan anak buah Raja Salomo yang membawa emas dari Ofir juga membawa kayu cendana dan batu permata.
11. Raja Salomo menggunakan kayu itu untuk membuat tangga bagi Rumah TUHAN dan istananya, dan juga untuk membuat kecapi serta gambus bagi para pemuzik. Belum pernah barang-barang seperti itu dilihat di negeri Yehuda.)
12. Raja Salomo memberikan apa sahaja yang diminta oleh ratu negeri Syeba. Pemberian itu ialah tambahan kepada apa yang telah diberikannya untuk membalas hadiah ratu itu. Selepas itu ratu Syeba dan pengiring-pengiringnya pulang ke negeri Syeba.
13-14. Selain cukai yang dibayar oleh para pedagang, tiap-tiap tahun Raja Salomo menerima hampir 23,000 kilogram emas. Raja-raja negeri Arab dan gabenor-gabenor di wilayah Israel juga memberikan perak dan emas kepadanya.