9. Raja Manasye menyebabkan penduduk Yehuda lebih berdosa daripada bangsa-bangsa yang telah diusir oleh TUHAN dari negeri itu ketika umat-Nya memasuki negeri itu.
10. Walaupun TUHAN memberikan amaran kepada Raja Manasye dan rakyatnya, namun mereka tidak mahu menghiraukan amaran itu.
11. Oleh itu TUHAN membiarkan panglima-panglima tentera negeri Asyur menyerang Yehuda. Mereka menangkap Raja Manasye dengan kaitan, membelenggu baginda, lalu membawa baginda ke Babel.
12. Dalam penderitaannya Raja Manasye merendahkan diri, lalu kembali kepada TUHAN, Allahnya, dan berdoa memohon pertolongan-Nya.
13. Allah mengabulkan doa Raja Manasye dan membenarkan baginda kembali ke Yerusalem serta memerintah lagi. Perbuatan Allah itu meyakinkan Raja Manasye bahawa TUHAN itu Allah.