2 Tawarikh 32:2-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Apabila Raja Hizkia mengetahui bahawa Raja Sanherib bertekad untuk menyerang Yerusalem,

5. Raja Hizkia memperkuat pertahanan kota dengan membaiki tembok serta membina menara-menara di atasnya, dan juga membina satu lapis tembok lagi di sebelah luar. Selain itu, Raja Hizkia membaiki kubu yang didirikan di atas tambak, di bahagian timur di kawasan Yerusalem lama. Baginda juga menyuruh orang membuat banyak tombak dan perisai.

6. Raja Hizkia melantik panglima-panglima untuk memimpin semua kaum lelaki di kota itu, lalu memerintah mereka berkumpul di lapangan depan pintu gerbang kota. Baginda bertitah kepada mereka,

7. “Hendaklah kamu yakin dan tabah hati. Jangan takut kepada raja negeri Asyur ataupun tentera yang dipimpinnya. Kita mempunyai kuasa yang lebih besar di pihak kita daripada apa yang di pihak raja itu.

8. Raja Asyur mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai TUHAN, Allah kita, yang menolong dan berperang bagi kita.” Rakyat digalakkan oleh titah raja mereka.

9. Beberapa lama kemudian, ketika Raja Sanherib dan tenteranya berada di kota Lakhis, baginda mengirim utusan untuk menyampaikan berita ini kepada Raja Hizkia dan penduduk Yehuda yang bersama-samanya di Yerusalem,

10. “Beta Raja Sanherib, penguasa negeri Asyur, ingin bertanya sebabnya kamu begitu berani bertahan di Yerusalem yang dikepung.

11. Raja Hizkia memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan menyelamatkan kamu daripada kuasa kami, tetapi Raja Hizkia menipu kamu. Baginda akan membiarkan kamu mati kelaparan dan kehausan.

12. Raja Hizkia itulah yang memusnahkan tempat-tempat beribadat kepada TUHAN dan mazbah-mazbah-Nya, lalu menyuruh penduduk Yehuda dan Yerusalem beribadat dan membakar kemenyan di satu mazbah sahaja.

13. Tidakkah kamu tahu apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang beta dan beta sendiri terhadap rakyat bangsa-bangsa lain? Belum pernah dewa bangsa mana pun menyelamatkan rakyatnya daripada kuasa raja negeri Asyur.

14. Siapakah antara dewa-dewa bangsa-bangsa itu pernah menyelamatkan negeri mereka daripada kami? Dewa kamu tidak mungkin dapat menyelamatkan kamu.

15. Jangan biarkan Raja Hizkia menipu atau menyesatkan kamu. Jangan percaya kepadanya! Belum pernah dewa bangsa mana pun sanggup menyelamatkan negerinya daripada raja negeri Asyur. Dewa kamu itu pun pasti tidak dapat menyelamatkan kamu!”

16. Utusan-utusan orang Asyur itu mengucapkan banyak lagi kata yang menghina TUHAN Allah dan Raja Hizkia, hamba TUHAN.

2 Tawarikh 32