2 Tawarikh 30:20-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. TUHAN mengabulkan doa Raja Hizkia dan mengampuni semua orang itu dan tidak menghukum mereka.

21. Selama tujuh hari orang yang telah berkumpul di Yerusalem merayakan Perayaan Roti Tidak Beragi dengan bersukacita. Setiap hari orang Lewi dan imam-imam memuji TUHAN dengan segenap kekuatan mereka.

22. Raja Hizkia memuji orang Lewi atas kemahiran mereka memimpin ibadat kepada TUHAN.Selepas tujuh hari mereka menikmati makanan perayaan serta mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka,

23. mereka semua membuat keputusan untuk meneruskan perayaan itu tujuh hari lagi. Mereka merayakan perayaan itu dengan sukacita.

2 Tawarikh 30