2 Tawarikh 3:1-2 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Raja Daud, ayahanda Raja Salomo, telah menyediakan tapak bagi Rumah TUHAN. Tapak itu di Yerusalem, di atas Bukit Moria, yang telah digunakan oleh Arauna, orang Yebusi itu, sebagai tempat mengirik gandum. Di situ TUHAN telah menyatakan diri kepada Raja Daud. Raja Salomo memulakan pembinaan

2. pada bulan kedua tahun keempat pemerintahannya.

11-13. Di situ patung-patung kerub itu didirikan dengan berdampingan dan menghadap pintu. Kedua-duanya mempunyai dua sayap, dan setiap sayap panjangnya 2.2 meter. Sayap-sayap itu terbentang sehingga hujungnya saling bersentuhan di tengah-tengah bilik, dan hujung di sebelah lain mengenai dinding di sebelah-menyebelah bilik itu. Sayap-sayap itu terbentang selebar 9 meter, iaitu selebar bilik itu.

2 Tawarikh 3