4. Raja Hizkia mengumpulkan imam-imam dan orang Lewi di halaman sebelah timur Rumah TUHAN.
5. Raja Hizkia bertitah kepada mereka di situ. Titah baginda, “Hendaklah kamu orang Lewi mentahbiskan diri untuk TUHAN dan menyucikan Rumah TUHAN, Allah nenek moyang kamu. Buanglah semua barang yang menajiskan Rumah TUHAN.
6. Nenek moyang kita tidak setia kepada TUHAN, Allah kita. Mereka telah melakukan apa yang tidak diperkenankan oleh-Nya. Mereka menolak Dia dan tidak mempedulikan tempat kediaman-Nya.
7. Mereka menutup Rumah TUHAN dan memadamkan pelita di situ. Mereka tidak lagi membakar kemenyan, atau mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN di Rumah TUHAN, kepada Allah yang disembah oleh orang Israel.
8. Oleh itu TUHAN murka terhadap Yehuda dan Yerusalem. Kamu semua tahu bahawa tindakan TUHAN menyebabkan tiap-tiap orang terkejut dan takut.
9. Nenek moyang kita dibunuh di medan peperangan, dan anak isteri kita ditawan.
10. Sekarang beta bertekad untuk mengadakan perjanjian dengan TUHAN, Allah Israel, supaya Dia tidak lagi murka terhadap kita.
11. Hai anak-anak beta, jangan buang masa lagi. Kamulah yang telah dipilih oleh TUHAN untuk membakar kemenyan bagi-Nya, serta memimpin rakyat untuk menyembah Dia.”
15. Mereka mengumpulkan orang Lewi daripada puak masing-masing, lalu mereka semua menyucikan diri. Sebagaimana yang dititahkan raja, mereka menyucikan Rumah TUHAN menurut Taurat TUHAN.
16. Imam-imam masuk ke dalam Rumah TUHAN untuk menyucikannya. Mereka mengeluarkan semua barang najis ke halaman. Dari situ orang Lewi membawa barang-barang najis itu ke luar kota, ke Lembah Kidron.
17. Pekerjaan itu dimulakan pada hari pertama bulan pertama. Pada hari kelapan, mereka selesai menyucikan seluruh halaman Rumah TUHAN sampai ke bilik depan. Mereka melanjutkan lagi pekerjaan itu selama lapan hari. Pada hari keenam belas bulan itu, mereka selesai menyucikan Rumah TUHAN.
18. Orang Lewi memberi Raja Hizkia laporan berikut, “Kami telah selesai menyucikan seluruh Rumah TUHAN, termasuk mazbah tempat mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan meja untuk roti sajian, dengan segala perkakasnya.
19. Kami juga telah mengembalikan semua perkakas yang diambil oleh Raja Ahas ketika baginda tidak setia kepada Allah pada masa pemerintahannya. Semua perkakas itu telah kami tahbiskan semula untuk TUHAN, dan sekarang semuanya terletak di hadapan mazbah.”
20. Dengan segera Raja Hizkia mengumpulkan pemimpin-pemimpin kota itu, dan masuk ke dalam Rumah TUHAN bersama-sama mereka.
21. Sebagai persembahan untuk menghapus dosa keluarga diraja serta dosa penduduk Yehuda, dan untuk menyucikan Rumah TUHAN, mereka membawa tujuh ekor lembu jantan, tujuh ekor domba jantan, tujuh ekor anak domba, dan tujuh ekor kambing jantan. Raja menyuruh imam-imam keturunan Harun mempersembahkan semua binatang itu sebagai korban di atas mazbah.
22. Mula-mula imam menyembelih lembu jantan, kemudian domba jantan, lalu anak domba. Mereka memercikkan darah tiap-tiap korban itu di atas mazbah.