4. Di tempat penyembahan berhala, di bukit-bukit dan di bawah tiap-tiap pokok rendang, Raja Ahas mempersembahkan korban dan membakar kemenyan.
5-6. Oleh sebab Raja Ahas berdosa, TUHAN, Allahnya membiarkan raja Siria mengalahkan baginda dan membawa banyak penduduk Yehuda ke Damsyik sebagai orang tawanan. TUHAN juga membiarkan raja Israel, iaitu Raja Pekah anak Remalya, mengalahkan Raja Ahas dan membunuh 120,000 orang askar Yehuda yang gagah berani, dalam satu hari. TUHAN, Allah nenek moyang mereka, membiarkan perkara itu berlaku kerana penduduk Yehuda telah meninggalkan Dia.
7. Seorang askar Israel yang bernama Zikhri membunuh Maaseya, putera Raja Ahas, dan Azrikam ketua istana, serta Elkana, pegawai kanan raja.
8. Walaupun penduduk Yehuda sesama bangsa mereka, penduduk Israel menawan 200,000 orang perempuan dan kanak-kanak, lalu membawa mereka ke Samaria bersama dengan banyak lagi barang jarahan.