2 Tawarikh 28:1-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Raja Ahas menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Baginda tidak mengikut teladan baik nenek moyangnya, Raja Daud. Sebaliknya, Raja Ahas melakukan apa yang tidak diperkenankan TUHAN,

2. dan mengikut cara hidup raja-raja Israel. Raja Ahas membuat patung-patung Baal daripada logam.

3. Baginda membakar kemenyan di Lembah Hinom, bahkan mempersembahkan putera-puteranya sendiri sebagai korban yang dibakar kepada berhala-berhala. Baginda mengikut perbuatan keji yang dilakukan bangsa yang telah diusir oleh TUHAN apabila umat Israel memasuki negeri itu.

4. Di tempat penyembahan berhala, di bukit-bukit dan di bawah tiap-tiap pokok rendang, Raja Ahas mempersembahkan korban dan membakar kemenyan.

5-6. Oleh sebab Raja Ahas berdosa, TUHAN, Allahnya membiarkan raja Siria mengalahkan baginda dan membawa banyak penduduk Yehuda ke Damsyik sebagai orang tawanan. TUHAN juga membiarkan raja Israel, iaitu Raja Pekah anak Remalya, mengalahkan Raja Ahas dan membunuh 120,000 orang askar Yehuda yang gagah berani, dalam satu hari. TUHAN, Allah nenek moyang mereka, membiarkan perkara itu berlaku kerana penduduk Yehuda telah meninggalkan Dia.

7. Seorang askar Israel yang bernama Zikhri membunuh Maaseya, putera Raja Ahas, dan Azrikam ketua istana, serta Elkana, pegawai kanan raja.

8. Walaupun penduduk Yehuda sesama bangsa mereka, penduduk Israel menawan 200,000 orang perempuan dan kanak-kanak, lalu membawa mereka ke Samaria bersama dengan banyak lagi barang jarahan.

16-17. Orang Edom mulai lagi menyerang Yehuda dan menawan banyak orang. Oleh itu Raja Ahas meminta pertolongan daripada Raja Tiglat-Pileser, raja negeri Asyur.

2 Tawarikh 28