2 Tawarikh 23:8-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Demikianlah orang Lewi dan penduduk Yehuda melaksanakan perintah Yoyada. Orang yang selesai bertugas pada hari Sabat tidak dibenarkan pulang. Oleh itu para ketua dapat mengerah orang yang selesai bertugas dan juga orang yang baru datang untuk bertugas.

9. Yoyada memberi pegawai-pegawai tentera itu tombak dan perisai, yang dahulunya dimiliki Raja Daud, dan yang disimpan di dalam Rumah TUHAN.

10. Yoyada menempatkan orang dengan pedang terhunus di seluruh bahagian depan Rumah TUHAN untuk melindungi raja.

11. Selepas itu Yoyada membawa Raja Yoas keluar, meletakkan mahkota di atas kepalanya, lalu memberi baginda sebuah kitab yang mengandungi hukum-hukum bagi raja yang memerintah. Demikianlah Yoas dilantik menjadi raja. Kemudian Imam Yoyada dan anak-anaknya menuang minyak bagi upacara penabalan pada kepala Raja Yoas, lalu semua orang berseru, “Daulat tuanku!”

12. Ratu Atalya mendengar rakyat bersorak mengalu-alukan raja. Dengan tergesa-gesa baginda pergi ke Rumah TUHAN, ke tempat orang ramai berkumpul.

2 Tawarikh 23