1. Beberapa orang Arab telah menyerbu dan membunuh semua putera Raja Yehoram kecuali Ahazia, putera yang bongsu. Oleh itu penduduk Yerusalem melantik Ahazia menjadi raja untuk menggantikan ayahandanya.
2-3. Raja Ahazia menjadi raja ketika baginda berumur dua puluh dua tahun dan baginda memerintah di Yerusalem selama satu tahun. Raja Ahazia juga mengikut cara hidup keluarga Raja Ahab, kerana bondanya, Atalya memberikan nasihat kepadanya untuk melakukan yang jahat. Atalya ialah puteri Raja Ahab, dan cucu Raja Omri, raja Israel.
10. Apabila bonda Raja Ahazia mendengar tentang pembunuhan puteranya, bonda raja itu memerintah supaya semua anggota keluarga diraja Yehuda dibunuh.
11. Raja Ahazia mempunyai seorang saudara tiri perempuan bernama Yoseba, yang berkahwin dengan seorang imam bernama Yoyada. Dengan diam-diam Yoseba mengambil Yoas, salah seorang putera Raja Ahazia. Yoseba mengambil Yoas daripada putera-putera raja yang lain, dan menyembunyikan Yoas dan pengasuhnya di sebuah bilik di Rumah TUHAN. Dengan demikian Yoseba menyelamatkan Yoas daripada Atalya bonda raja, yang hendak membunuh putera-putera raja.
12. Enam tahun lamanya Yoas disembunyikan di situ sementara Atalya bonda raja, memerintah sebagai ratu.