1. Raja Yosafat mangkat lalu dimakamkan di makam diraja di Kota Daud, dan puteranya Yehoram menggantikan baginda sebagai raja.
2. Raja Yehoram putera Raja Yosafat, raja Yehuda mempunyai enam saudara lelaki: Azarya, Yehiel, Zakharia, Azariahu, Mikhael, dan Sefaca.
3. Ayahanda mereka memberi mereka banyak emas, perak, barang-barang berharga lain, dan masing-masing juga diberikan sebuah kota berkubu di Yehuda. Oleh sebab Yehoram putera sulung, Raja Yosafat melantik puteranya itu menjadi pengganti baginda.
4. Selepas Raja Yehoram mengukuhkan pemerintahannya, baginda membunuh semua saudara lelakinya, dan juga beberapa orang pegawai tinggi.
5. Raja Yehoram menjadi raja ketika baginda berumur 32 tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama lapan tahun.
6. Baginda mengikut cara hidup Raja Ahab dan raja-raja Israel yang lain kerana baginda berkahwin dengan salah seorang puteri Raja Ahab. Raja Yehoram berdosa terhadap TUHAN,