2 Tawarikh 2:17-18 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. Raja Salomo membanci semua orang bangsa asing yang tinggal di negeri Israel, seperti yang telah dilakukan oleh ayahandanya, Raja Daud. Kesemuanya ada 153,600 orang bangsa asing yang menjadi penduduk tetap di sana.

18. Raja Salomo memerintah 70,000 orang antara mereka untuk mengangkut barang-barang, dan 80,000 orang untuk memahat batu di pergunungan. Baginda melantik 3,600 orang mandur untuk memastikan bahawa pekerjaan itu dilakukan.

2 Tawarikh 2