2 Samuel 8:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Beberapa waktu kemudian, Raja Daud menyerang orang Filistin lagi. Baginda mengalahkan mereka dan merebut tanah mereka.

2. Kemudian Raja Daud mengalahkan orang Moab. Baginda menyuruh orang tawanannya berbaring di atas tanah, lalu baginda membunuh dua orang daripada tiap-tiap tiga orang. Oleh itu orang Moab takluk kepada Raja Daud dan membayar ufti kepadanya.

3. Selepas itu Raja Daud mengalahkan Hadadezer anak Rehob, raja di Zoba di negeri Siria. Pada masa itu Hadadezer sedang dalam perjalanan pulang untuk memulihkan kekuasaannya di wilayah hulu Sungai Efrat.

4. Raja Daud menawan sebanyak 1,700 orang askar berkuda dan 20,000 orang askar yang berjalan kaki. Dia melumpuhkan semua kuda, kecuali sebilangan yang cukup untuk menarik seratus buah kereta kuda.

5. Apabila orang Siria dari Damsyik mengirim tentera untuk menolong Raja Hadadezer, Raja Daud menyerang tentera itu dan membunuh 22,000 orang.

6. Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di dalam wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberi Raja Daud kemenangan di mana sahaja baginda berperang.

16-18. Inilah pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud:Panglima angkatan bersenjata: Yoab (ibunya Zeruya);Setiausaha istana: Yosafat anak Ahilud;Imam-imam: Zadok anak Ahitub, dan Ahimelekh anak Abyatar;Setiausaha negara: SerayaKetua pengawal peribadi raja: Benaya anak Yoyada;Imam-imam di istana: putera-putera Raja Daud.

2 Samuel 8