1. Apabila Raja Isyboset putera Raja Saul, mendengar bahawa Abner telah dibunuh di Hebron, baginda menjadi takut, dan segenap penduduk Israel pun gentar.
2. Raja Isyboset mempunyai dua orang pegawai yang menjadi ketua pasukan penyerbu, iaitu Baana dan Rekhab, anak-anak Rimon dari Beerot, daripada suku Benyamin. (Beerot adalah sebahagian daripada wilayah Benyamin.
3. Penduduk asli tempat itu telah lari ke Gitaim, dan sejak masa itu mereka menetap di sana.)