2 Samuel 3:35-39 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

35. Sepanjang hari orang cuba memujuk Raja Daud supaya makan sedikit, tetapi baginda bersumpah, “Biarlah Allah membunuh beta, jika beta makan apa-apa sebelum matahari terbenam!”

36. Mendengar hal itu rakyat berasa senang hati. Apa sahaja yang dilakukan oleh raja, menyenangkan hati mereka.

37. Pada hari itu segenap rakyat Raja Daud dan segenap umat Israel faham bahawa raja tidak terlibat dalam pembunuhan Abner.

38. Raja bertitah kepada para pegawainya, “Ketahuilah oleh kamu semua bahawa pada hari ini kita telah kehilangan seorang pemimpin besar di Israel.

39. Walaupun beta raja pilihan Allah, namun pada hari ini beta berasa lemah. Anak-anak Zeruya itu terlalu kejam. Beta tidak sanggup menguasai mereka. Biarlah TUHAN menghukum penjahat-penjahat itu setimpal dengan perbuatan mereka!”

2 Samuel 3