30. Demikianlah Yoab dan Abisai membalas dendam terhadap Abner kerana dia telah membunuh Asael, adik mereka dalam pertempuran di Gibeon.
31. Kemudian Raja Daud menyuruh Yoab dan anak buahnya mengoyak pakaian mereka, dan memakai kain guni serta meratapi Abner. Pada masa pengebumian, Raja Daud sendiri berjalan di belakang peti jenazah.
32. Abner dikebumikan di Hebron, dan raja serta segenap rakyat menangis dengan kuat di depan kubur itu.
33. Raja Daud meratapi Abner dengan lagu ratapan ini,
34. “Mengapakah Abner harus mati seperti orang dungu?Tangannya tidak diikat,kakinya tidak dirantai.Dia mati ditikamoleh orang yang jahat dan kejam.”Sekali lagi segenap rakyat meratapi Abner.
35. Sepanjang hari orang cuba memujuk Raja Daud supaya makan sedikit, tetapi baginda bersumpah, “Biarlah Allah membunuh beta, jika beta makan apa-apa sebelum matahari terbenam!”