2 Samuel 22:31-43 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

31. Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini,firman TUHAN dapat dipercayai.Dia umpama perisaibagi semua orang yang berlindung pada-Nya.

32. TUHAN satu-satunya Allah;hanya Allah pembela kita.

33. Dialah Allah yang melindungi aku;Dia menjadikan jalanku aman.

34. Dia menguatkan kakiku seperti kaki rusa;Dia menjaga keselamatanku di pergunungan.

35. Dia melatih aku untuk berperang,supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.

36. Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;pertolongan-Mu telah menjadikan aku agung.

37. Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.

38. Aku mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;aku tidak berhenti sebelum aku membinasakan mereka.

39. Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.

40. Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.

41. Engkau menyebabkan musuh lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.

42. Mereka mencari pertolongan,tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.

43. Aku menghancurkan mereka, sehingga mereka menjadi seperti debu;Aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.

2 Samuel 22