2 Samuel 21:1-2 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Pada masa pemerintahan Raja Daud, kebuluran yang dahsyat pernah berlaku selama tiga tahun. Oleh itu Raja Daud bertanya kepada TUHAN, lalu TUHAN menjawab, “Raja Saul dan keluarganya sudah berdosa. Mereka telah membunuh orang Gibeon.” (

2. Orang Gibeon bukan orang Israel; mereka sekelompok kecil bangsa Amori. Umat Israel telah berjanji untuk melindungi mereka, tetapi Raja Saul telah berusaha untuk membinasakan mereka kerana baginda menjaga kepentingan umat Israel dan Yehuda.)

2 Samuel 21